" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 April 2011

Jepun Terus Mengalami Gempa Bumi Susulan

TOKYO - Gempa Bumi susulan selepas gempa terkuat yang telah menghasilkan tsunami di Jepun pada 11 Mac yang lalu, terus menggegarkan bahagian yang luas dari timur laut negara itu pada malam Khamis yang telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan lebih dari 130 yang lain.

Ini menimbulkan kebimbangan, apakah kerosakan semakin bertambah di Loji Penjanaan Nuklear Fukushima Daiichi yang sebelum ini telah lumpuh kuasa luarannya di tiga Loji nuklear yang lain.

Seorang lelaki 79 tahun meninggal kerana kejutan dan seorang wanita berusia 60-an meniggal semasa pasukan penyelamat berusaha memasang tangki oksigen kepadanya, kata pihak berkuasa.


Gempa susulan itu berkekuatan 7.1 Skala Ritcer dan berpusat pada sekitar lokasi yang sama dengan gempa pada 11 March, walaupun gempa yang baru jauh lebih dalam di bawah laut, menurut US Geological Survey. Bulan lalu gempa itu berkekuatan 9.0 Skala Ritcer.

Satu amaran tsunami telah di tarik balik sekitar satu setengah jam berlakunya gempa berkenaan. Pekerja di Loji Fukushima Daiichi diarahkan supaya berlindung sehingga amaran tsunami ditarik balik.

Namun para pegawai negara berkenaan mengatakan air yang secara automatik dipam ke tiga reaktor rosak dalam usaha untuk menstabilkan bahan bakar nuklear mereka.

Sistem pendingin Loji berkenaan telah musnah akibat gempa dan tsunami bulan lalu. Namun, tidak ada pula kenyataan yang dikeluarkan apakah ada kerosakan terbaru, menurut pembekal tersebut, Tokyo Electric Power Co.


" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA