" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 September 2011

Tindakan Najib Mansuhan ISA Kerana Terdesak, Kata Nik Aziz

SHAH ALAM 17 SEPT : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tindakan terdesak. Nik Aziz berkata akta yang berusia lebih lima dekad itu sepatutnya telah lama dimansuhkan tetapi ia hanya mahu diketepikan sekarang.

“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia,” kata beliau.

Dalam mesej menerusi laman sosial Facebooknya semalam, Nik Aziz berkata: “Saya ditanya tadi oleh wartawan tentang pengumuman pemansuhan ISA. Saya katakan, setelah berpuluh ulama ditahan di bawah akta zalim ini, kerajaan baru menyedari ISA perlu dimansuh?”


Malah beliau turut mempersoalkan adakah keadaan sudah aman sekarang sehingga ISA boleh dimansuh dan jika begitu, “tidak benarlah apa yang digembar-gembur sebagai ancaman terhadap perpaduan dan usaha menghidupkan semula ideologi komunis pada hari ini?”

“Atau sememangnya ISA sejak dahulu lagi sebenarnya zalim atau apa yang digembar-gembur sekarang hanyalah khabar angin sahaja?” kata beliau lagi.

Jelas Nik Aziz, beliau menyertai PAS ekoran melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama di Kelantan dengan dikenakan tindakan di bawah ISA.

“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Ke-54 di Machang, Kelantan.

Justeru Nik Aziz yang juga Musyidul Am PAS itu berkata, apa tujuan diwujudkan sistem kehakiman jika rakyat disekat membela diri daripada tuduhan tertentu.

“Alim ulama adalah golongan yang mengajar supaya manusia taat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dilarang Islam,” tambah beliau.

- TVSnews

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments: