" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 September 2011

Gaddafi Bakal Tersungkur

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi
Dengan apa yang berlaku di Timur Tengah di mana pemimpin diktator ciptaan 'Dajjal' satu persatu telah jatuh hanya dengan 'Gelombang Kesedaran Rakyat' menandakan Kiamat semakin menghampiri kita. Pemimpin diktator ciptaan 'Dajjal' yang telah berjaya di jatuhkan bermula di Tunisia dan di ikuti Mesir. Manakala Libya, Syria, Yaman dan lain-lain negara Arab bakal berlaku fenomena yang sama. 

Kita tumpukan perhatian kepada Libya di bawah pimpinan Muamar Gaddafi yang sedang mendapat tentangan sengit daripada pemberontak dengan bantuan Nato. Baru-baru ini, bekas Menteri Luar Libya yang telah berpaling tadah mengatakan dalam satu sidang media bahawa Gaddafi pernah membayar gaji bekas PresidenTunisia Zine El Abidine Ben Ali dan wujudnya kerjasama'peringkat tertinggi' diantara dua negara berkenaan.


Ketua Parti Pembakang tertua di Libya pula mendakwa Gaddafi telah 'membayar' editor-editor akhbar milik kerajaan di Mesir, Syria dan lain-lain bagi menjayakan propaganda bahawa beliau adalah seorang yang disegani dikalangan negara-negara Arab dan dalam masa yang sama bagi menghalang mana-mana saluran dari memberi ruang kepada pembangkang dan kritikan daripada rakyat, Gaddafi sanggup bertindak kejam terhadap penentangnya termasuk menjatuhkan hukuman mati. Contoh tindakan yang paling kejam ialah lebih dari 1200 tahanan, termasuk tahanan politik, telah ditembak mati di penjara Abu Salim pada tahun 1996.

Bekas ketua editor Majalah di Mesir memberitahu bahawa Gaddafi berkemungkinan telah membayar wartawan di Mesir dan lan-lain negara Arab bagi mengelakkan dari menulis mengenai penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Gaddafi. Namun beliau percaya bahawa pemimpin-pemimpin Mesir atau lain-lain negara Arab tidak bersengkongkol memburu kumpulan penentang bersama-sama dengan Gaddafi. Risikan Libya bertindak secara unilateral dalam tindakan menghancurkan parti-parti pembangkang sehingga ada antaranya terpaksa di bubarkan.

Pada tahun 1980, Gaddafi telah membayar sebanyak 200 Juta kepada Maghribi supaya menyerahkan bekas pemimpin Majlis-Revolusi, Omar al-Mehishi yang pada mulanya telah melarikan diri ke Mesir dan kemudian ke Maghribi setelah usahanya gagal bagi menggulingkan Gaddafi. Omar al-Mehishi telah disembelih seperti biri-biri.

Inilah 'ganjaran' kepada pemimpin-pemimpin yang angkuh dengan prinsip songsang, 'agama dan politik tidak boleh disatukan'... 'Masa Kekuasaan'' anda telah TAMAT....!!!

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments: