" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 July 2011

MB Selangor pohon Titah Agong adakan referendum bebas

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau telah memohon perkenan Yang di Pertuan Agong supaya baginda menitahkan referendum bebas diadakan berhubung sistem pilihan raya di negara ini.

Menurut Khalid, permohonan tersebut telah dimaklumkan kepada baginda bagi mengetahui bilangan rakyat yang mahukan sistem pilihan raya yang lebih bebas dan adil dijalankan.

Khalid berkata, kehendak rakyat itu boleh dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan baginda sendiri.

Menurutnya, beliau terharu dan menghargai keprihatinan baginda yang sudi bertemu Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan NGO berkenaan.


“Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog.

“Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak bertanggungjawab ini terus dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, pilihan raya kotor di negara ini terjadi dalam pelbagai bentuk seperti manipulasi kawasan persempadanan, jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen, penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa, penyamaran dan penukaran kotak undi, sistem undi pos yang menimbulkan tanda tanya, waktu berkempen yang singkat dan laporan media yang berat sebelah.

Khalid berkata, memorandum Rakyat yang akan diserahkan oleh Bersih kepada baginda esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan
raya yang adil dan bebas.

Ia katanya, wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.

Bersih menuntut lapan perkara daripada kerajaan untuk melakukan pembaharuan pilihan raya iaitu pembersihan senarai undi, reformasi undi Pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minima 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

- KeadilanDaily

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA