" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

29 March 2011

Kenyataan Akhbar JMM: Amaran Hujan Lebat (Tahap Jingga)

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Ditingkatkan pada 11.00 pagi 29/03/2011

i) Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 7.50 pagi, 29/3/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

ii) Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 9.11 pagi, 29/3/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.


Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini 11.00 pagi 29/03/2011

i) Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

ii) Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Kedah (Daerah Yan, Sik dan Kuala Muda) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga telah dikeluarkan seperti maklumat berikut:-

SEKSYEN A: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) -Ditingkatkan daripada amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 12:59PM, 24 Mac 2011.

Angin kencang Timur/Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga Sabtu, 2 April 2011.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan dan Terengganu) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) -Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri), W.P Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 2 April 2011.

Sementara itu, angin kencang Barat/Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Phuket dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Pahang dan Johor Timur) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA