Polis tidak menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah video seks yang didalangi oleh bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan dua individu lain.
Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner, Datuk Ghazali Mohd Amin menegaskan Ketua Pembangkang itu tidak disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah.
“Tidak, tidak, tidak,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam apabila ditanya sama ada Anwar dikenakan sebarang tuduhan berbentuk jenayah.
Ghazali enggan menjawab sebarang soalan lain kerana sedang menaiki kapal terbang ketika dihubungi.
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay mengaku mendalangi penayangan video lucah itu dengan mendakwa pelaku hubungan sumbang itu adalah Anwar.
Anwar dan beberapa pihak yang menyaksikan video itu menafikan tuduhan itu. Pejabat Parti Keadilan Rakyat turut mengemukakan bukti catatan Twitter dan Facebook Anwar sebagai bukti beliau berada dirumah ketika rakaman video itu dikatakan diambil disebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat semalam, Ghazali berkata, polis kini dalam proses membuat pengesahan pakar berhubung bahan bukti yang diperoleh berkaitan fitnah video seks itu.

-TVSnews
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment