" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 March 2011

Banjir Di Perlis Makin Buruk, 2,356 Kena Pindah

KANGAR: Banjir di Perlis semakin buruk semalam apabila 2,356 mangsa daripada 593 keluarga dari seluruh negeri itu dipindahkan ke 25 pusat pemindahan.

Jumlah itu meningkat dalam tempoh 24 jam dan dikhuatiri bertambah jika hujan di kawasan utara Semenanjung berterusan. Sebahagian besar mangsa dipindahkan adalah dari daerah ini.

Seramai 1,852 mangsa daripada 452 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan di sekitar Kangar, manakala 490 mangsa daripada 130 keluarga lagi di Padang Besar dan bakinya di Arau membabitkan 44 mangsa daripada 11 keluarga.


Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) turut mengesahkan 26 sekolah di seluruh negeri, 14 sekolah rendah dan 12 sekolah menengah, ditangguhkan operasi termasuk enam daripadanya dilapor dilanda banjir teruk apabila paras air naik sedalam lebih satu meter.

Enam sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, Sekolah Menengah (SM) Syed Hassan, SK Bukit Keteri, SK Bintong, SK Abi dan SMK Datuk Sheikh Ahmad.

Sementara itu, tinjauan di Empangan Timah Tasoh, semalam mendapati semua enam pintu air masih dibuka untuk mengalirkan air keluar ke sungai utama selepas paras takungan kini dilapor mencecah 29.9 meter, menghampiri paras bahaya 30 meter.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid, berkata pihaknya percaya banjir yang melanda Perlis kali ini hanya banjir kilat dan bukan seperti yang berlaku pada November lalu.

TERENGGANU - banjir di negeri itu semakin pulih dengan hanya 45 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sehingga jam 6 petang semalam, berbanding 893 mangsa yang dipindahkan ke 13 pusat pemindahan kelmarin.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri, berkata seramai lapan mangsa daripada satu keluarga masih berada di Balai Raya Kampung Tok Amat, manakala 37 mangsa dari sembilan keluarga di Dewan Sivik Bukit Payung, Marang.

KEDAH - UMNO negeri menyampaikan sumbangan barang makanan dan beras kepada 466 keluarga yang terbabit dengan banjir pagi kelmarin.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz, selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang kelmarin apabila air surut.

KOTA BHARU - Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri, Mohamad Roslee Mamat, berkata sehingga 6 petang semalam, paras air Sungai Golok di Jenob, Rantau Panjang mencatatkan bacaan 8.31 meter, melepasi paras berjaga-jaga.

-Berita Harian

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA