" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 June 2009

Lupakan Saja Rundingan PAS-UMNO

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menegaskan lagi mengenai rundingan PAS-UMNO. Beliau berkata, "PAS tidak harus sekali-kali berunding dengan UMNO yang kini dalam keadaan lemah. Saya harap, mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan UMNO yang merupakan musuh politiknya. Selagi ia menguntungkan UMNO, PAS tidak sepatutnya bekerjasama dengan parti tersebut. Jika tidak, PAS akan dilihat seperti membantu UMNO yang kini dalam keadaan yang lemah".

1 comment:

Tuk Ketuo said...

Agaknya apa masalah orang dalam PAS yang sibuk sangat nak berpadu nak bersatu, nak tidur sebantal dengan umNO, dah banyak sepak terajang dan hinaan umNO terhadap PAS tapi pemimpin PAS (beberapa kerat) yang tak sedar diri masih dilihat macam orang gila talak.

Agaknya ada habuan besar kot atau pun tender tender yang bakal menjadikan kaki gila talak nih kaya raya, tak rugi kalau tak rapat dengan umNO yang memang terang terang takda niat nak jaga agama yang kita sayangi ni.

Jangan la termakan dakyah kononya berdosa sangat kalau tak jalinkan hubungan dengan umNo
suruh umNo tu berubah dulu jaga agama ni macam jaga nyawa diorang baru boleh cakap banyak...

Amaran kepada kaki gila talak dalam PAS kalau tak nak hilang penyokong buat la kerja tak senonoh.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA