
Menurut Sankara, pertuduhan itu adalah satu lagi konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik anak guamnya. Pertuduhan itu berniat jahat, menindas dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah.
Walaupun wujud keterangan-keterangan sah dari pakar-pakar yang menolak berlakunya kejadian liwat sebagaimana yang didakwa oleh pengadu, pihak pendakwaan telah masih meneruskan pendakwaan jahat terhadap Anwar.
Ini permohonan kedua DSAI dalam tempoh seminggu. Rabu lalu, beliau memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengarahkan Pejabat Pendakwaraya menyerahkan bukti kes yang relevan kepada pembelaannya. Penyerahan itu adalah termaktub dalam Kanun Acara Jenayah bagi memastikan hak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan terbaik.
Walaupun perbicaraan akan bermula kurang 2 minggu, pejabat Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam DSAI dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008. Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.
Permohonan itu akan didengar Isnin depan.
(sumber TVA)
No comments:
Post a Comment