" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 June 2009

Kesimpulan, Erdogan Menjadi Pilihan

Dengan keputusan Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, ini bukannya bermakna golongan Pro Muqabalah telah mendapat sokongan majoriti dalam PAS.

Dengan undi yang diperolehi oleh Nasharuddin berjumlah 480 undi. 2 lagi calon iaitu Husam mendapat 281 undi manakala Abang Mat Sabu mendapat 261 undi. Sebelum ini telah digembar-gemburkan Nasharuddin mewakili golongan Ulama' (pro-muqabalah) manakala Husam dan Abang Mat Sabu pula mewakili golongan erdogan ataupun profesional.

Jadi, sekiranya Abang Mat ataupun Husam dapat menjalinkan 'pakatan' iaitu hanya seorang diantara mereka yang akan berentap dalam merebut jawatan ini, sudah pasti golongan yang dikatakan erdogan ataupun profesional ini akan mencapai kemenangan.

Walauapapun, saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan Nasharuddin mengekalkan jawatan beliau.

2 comments:

Anonymous said...

betul betul tu..... Masa perkasakan Pas la pulak! Tak habis2 lagi rekaan erdogan ulama'! Tiba2 Pkr menang!

serupasekala said...

MACAMMANA MEREKA BOLEH BUAT BERITA YANG SEBEGINI . SEDANGKAN KEPUTUSAN RASMI BERBEZA.

BERITA
Sabtu Jun 6, 2009
Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS

Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 9 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu mendapat 543 undi sekaligus menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang memperoleh 388 undi dan juga Mohamad Sabu yang hanya memperoleh 188 undi.

Husam menang dengan perbezaan 65 undi.

Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005.

Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil.

"Kami difahamkan perbezaan undi sangat kecil," kata satu sumber kepada mStar Online

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA