
Beliau berkata, "Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam, pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun depan. Pasukan peguam saya akan memohon agar rayuan saya akan didengar oleh panel penuh 9 hakim".
Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.
Peguam Nizar, Leong Cheok Leng berkata, "faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut. Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan".
Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rayuan. Beliau juga akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang pada 15 Jun depan.
No comments:
Post a Comment