
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, PR tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan UMNO. Setahu beliau, majlis kepimpinan Pakatan yang turut dianggotainya, tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.
Malah, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.
Dr Syed Husin Alisecara peribadi tidak percaya yang partinya akan mengadakan sebarang kerjasama dengan UMNO 'selagi ia meneruskan amalan dan dasar2 korup dan tidak demokratik'.
Ahli PAS desak henti rundingan dengan UMNO
PAS menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan UMNO demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi PRU-13.
Dr Khairudin Abdul Malik pula berkata, "Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan UMNO sama ada di peringkat negeri atau pusat. Lupakan sahaja UMNO, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang UMNO. Kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh UMNO.
Keyakinan bahawa PAS dan PR mampu merampas kembali negeri Perak kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak. Kemampuan PAS dan PR mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang".
Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, "UMNO bukan jenis boleh buat kawan. Dia 'spesis tikam belakang'. Bergabung dengan UMNO seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin".
1 comment:
UMNO lebih dari A.Pin... sebab siapa yang melindungi dia samapai ghaib depan mata rakyat... sapa lebih jahat A.Pin ke UMNO???
Post a Comment