
Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.
Adi Anwar, 25 tahun kini dalam keadaan stabil dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya, Jiknah Harun yang mendapati banyak kesan lebam di beberapa bahagian badannya. Disebabkan tidak puashati terhadap layanan pihak polis di lokap berkenaan, Jiknah hari ini membuat laporan di IPD Klang.
Dia ditemani peguam N Surendran, ADUN Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago, Ketua AMK, Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda Pas Selangor, Solehan Muhi dan pemimpin Hindraf, Jayath ass.
Ini pula alasan yang mereka (polis & kerajaan) kemukakan kali ini. Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata 4 anggota polis berada di dalam lokap ketika Adi Anwar dikatakan minum pelarut berkenaan. Apabila anggota2 polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat.
Bagaimana bahan pelarut boleh berada disitu? Kalau begitu (mengikut cerita ACP Mohamad Mat Yusop), pihak polis yang berada ditempat kejadian harus bertanggungjawab diatas apa yang berlaku. Ini kerana mangsa berada dibawah kawalan mereka.
Bagaimana pula dengan kesan lebam di beberapa bahagian badannya? Apakah dengan hanya minum pelarut, terjadinya lebam2 dibadan mangsa? Najib haruslah mengambil berat kejadian yang sebegini seiringan dengan yang digembar-gemburkan oleh beliau untuk membuat perubahan dan rakyat didahulukan.
1 comment:
wah.. najib kene lagi.. heheh betulbetulbetul... agak2 paru2 berair tak kalau ada clorox kat dalam...? adakah bile ditangkap polis maknenye org itu bersalah?
Post a Comment