
Hari ini MIC tidak jadi menarik keluar wakilnya dalam kabinet baru selepas mendapat penjelasan daripada Najib. Samy Vellu memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti tersebut di ibunegara hari ini.
Beliau menyatakan, sebenarnya media sengaja mengada-adakan cerita yang MIC akan menarik keluar wakilnya dari kabinet berikutan kekurangan layanan yang sepatutnya. Beliau juga menyifatkan isu itu sebagai telah selesai.
Kenapa boleh jadi macamni? Selalunya media arus perdana mustahil boleh melawan arus dengan sengaja mengada-adakan cerita yang boleh menjejaskan UMNO/BN. Kalau yang pro PR tu, ada logiknya untuk dituduh sebegitu. Pening dibuatnya dengan kenyataan Samy ini.
Apakah sebelum ini MIC betul2 mahu menarik wakilnya dari kabinet kerana tidak berpuas hati? Atau, sengaja untuk dilihat sebagai berani bersuara? Ataupun sebagai satu ugutan kepada PM? Walau apapun tujuan sebenarnya, PR juga haruslah menyelesaikan permasaalahan yang melanda sejak kebelakangan ini.
Kalau kita imbas kembali, setiap kali UMNO/BN ada masaalah, PR pun turut sama. Apakah ini kebetulan ataupun sudah ada ejen2 upahan UMNO/BN dalam PR untuk mencipta permasaalahan? Sekiranya ada, cepat2lah kenal pasti individu2 ini sebelum PR berjaya dirosakkan......
No comments:
Post a Comment