
Sehubungan itu, DSAI yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai PM, Najib diharap bersikap lebih terbuka untuk membuat pembaharuan, termasuk membebaskan tahanan ISA tanpa syarat serta mereka yang disyaki anggota JI serta pemimpin Hindraf.
Beliau juga mendesak agar kerajaan melepaskan kongkongan dan penggantungan akhbar parti PAS dan PKR iaitu Harakah dan Suara Keadilan untuk diedarkan kepada rakyat.
Ditanya mengenai pelantikan Najib sebagai PM hari ini, DSAI berkata pendirian kepimpinan PAS, DAP dan PKR termaktub dalam petisyen yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong kelmarin.
Dalam petisyen yang ditandatangani oleh 81 ahli Parlimen Pakatan itu, memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku. Antara yang popular adalah berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.
No comments:
Post a Comment