
UMNO/BN memang prihatin tentang pembangunan. Mereka mengutamakan pembangunan yang boleh memperkayakan kroni2 mereka semata-mata. Kita tak tahulah, kalau disana masih lagi laku menggunakan modal berkenaan.
Dalam Dewan Parlimen baru2 ini yang diketuai Ahli Parlimen Kalabakan, begitu lantang menyerang kerajaan BN yang hanya pandai menabur janji sahaja. Jumlah senang disebut dimulut, duitnya tak juga sampai. Ahli Parlimen lain yang juga dari Sabah & Serawak menyokong penuh pendapat yang telah dikeluarkan dengan lantangnya oleh Kalabakan itu.
Kerajaan BN tidak boleh berselindung lagi dalam isu pembangunan diSabah & Serawak. Ahli2 Parlimen dari sana telah membuktikannya. Yang nyata, mereka telah disisihkan. Kalaulah tiada Sabah & Serawak, UMNO/BN telah rebah menyembah bumi pada PRU-12 lagi.
No comments:
Post a Comment