" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 April 2009

Kajian lapangan: Sokongan kepada calon PR meningkat

BUKIT SELAMBAU - Hasil kajian lapangan terhadap masyarakat setempat mendapati sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau, S Manikumar makin meningkat dan ramai yang mahukan calon yang dikemukakan oleh Parti KeADILan Rakyat Malaysia (KeADILan) menumpukan terhadap beberapa aspek yang selama ini diabaikan oleh BN.

Pengarah Strategi Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail dalam sidang medianya di Pejabat Yayasan Aman, Sungai Lalang pagi tadi juga mengucapkan terima kasih pada petugas yang setiap masa bersama rakyat dari rumah ke rumah melakukan tinjauan.

Itulah kenyataan yang ada, rakyat mahukan Adun yang memberikan perhatian pada aspek peningkatan kadar jenayah, kecurian motosikal, masalah dadah dan pecah rumah, katanya.

Selain itu apa yang dikehendaki oleh masyarakat setempat ialah kemudahan asal seperti longkang tersumbat, lampu jalan, kebersihan reakrasi dan sebagainya, jelasnya.

"Jika menang calon Pakatan Rakyat akan menumpukan pada masalah bagaimana hendak membantu mengatasi masalah peningatan kadar jenayah dan memperlengkapkan kemudahan asas yang selama ini terabai.

"Kita dapati suara agar Adun bantu mengatasi peningkatan sebanyak 25 peratus manakala mengemukakan suara kemudahan asal sekadar 12.8 peratus," jelasnya.

Selain Manikumar bertindak sebagai calon pilihan raya kecil kali ini beliau juga akan bergerak sebagai mata dan telingga parti kerana masalah yang lama boleh diselesaian sekiranya kerjasama dilaksanakan bersama menerusi dialog dengan pihak polis.

Beliau turut menyentuh mengenai sikap pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) Dato' Nagesan dan Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu di kalangan kaum India di bawah 20 peratus.

"Dulu sokongan terhadap Samy Vellu sangat hebat tetapi sejak kebelakangan ini jatuh merudum. Berlainan dengan pesonaliti Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah mendapat markah lulus," tegas beliau lagi.

Sokongan terhadap bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga pun tidak ke mana ekoran tindakan drastiknya sehingga mencetuskan huru-hara dalam kes Negeri Perak serta kes melibatkan Antantuya.

Rumusannya kata Saifudin, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan prihatin yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Penyelaras Petugas Luas Merbuk, Senator Zamri Mohd Yusuf dan Pengarah Operasi Pilihan raya Kecil Bukit Selambau, Saiful Izham Ramli


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA