UPDATE: Semua panel dalam rancangan Hujah kecuali Dato Mohd Shafie Abdullah (peguam pujaan UMNO) telah bersetuju dengan cadangan mengembalikan masalah pemerintahan Perak kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya semula.
Ragunth Kesevan, Prof Dr Shad Saleem dan mungkin juga Prof Agus sendiri nampak lebih cenderung untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan mengembalikan kuasa rakyat bagi menentu masa depan Perak. Persoalan yang berlaku di Perak sungguhpun mempunyai kecenderungan terhadap masalah perundangan dan perlembagaan tubuh negeri Perak tetapi secara terperincinya masalah ini adalah kemelut politik yang memerlukan penyelesaian ala politik.
Prof Shad Saleem dalam kenyataan beliau mengatakan mahkamah bukanlah tempat terbaik bagi menyelesaikan permasaalahan ini. Pilihan raya adalah jalan terbaik. Sekiranya tidak, maka perundingan perlu diadakan atau kerajaan campuran.
Untuk berunding ataupau membentuk kerajaan campuran teramatlah sukar untuk dilakukan. Maka pilihan terbaik adalah bubarkan DUN Perak. Panel2 yang terdiri dari pakar perundangan dalam perbincangan hujah masih berbelah bagi dalam menyatakan penyelesaian mahkamah adalah jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan keadaan krisis di negeri Perak. Apa yang perlu adalah kembalikan kepada rakyat untuk menentukan siapa pilihan mereka.
Ini pula yang diulas oleh bernama:
"Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA Dr Shad Saleem Faruqi mengesyorkan supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Beliau berkata usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana ia pasti disusuli dengan rayuan demi rayuan terhadap setiap ketetapan yang dibuat mahkamah".
Masaalahnya puaka2 ni boleh dibawa berunding ke? Kalau boleh pun, mesti PR kena mengikut keputusan mereka. Kalau tidak masakan mereka perlakukan sedemikian.... Tidak ada cara lain selain dari bubarkan saja DUN Perak !!!!
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
01 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
April
(121)
- Kadar Shah Teruskan Usaha
- Pindaan Perlembagaan Parti Perkenal Pemilihan Terus
- DSAI: 1Malaysia Sekadar Kosmetik
- Pembikinan Dinasti Perdana Menteri
- Gempa Bumi Lemah Landa Manjung, Perak
- Apa Tujuan Pemuda PAS Pulau Pinang?
- PRK Penanti:Umno Putuskan Isnin Depan
- Isu Manohara: Majlis JP Buat Laporan Polis
- UMNO/BN Paling Takut DUN Perak Dibubar
- Dr. Mansor Osman Calon PR DUN Penanti
- Mana Baik, Menculik Atau Letak Jawatan Cara Terhor...
- PRK Penanti, PAS Hormati PKR
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- 31 Mei Mengundi Di Penanti
- Adakah Rakyat Tertarik Dengan Reform Najib?
- Berhenti Dari Memburukkan Tengku Temenggong
- Krisis Perak Misi Terancang Umno/BN
- Jangan Urus PKR Seperti 'Kedai Runcit'
- Zaid Sahut Cabaran Rais !
- Rais Jamu Bloggers Di Restoran Mewah
- Kenyataan Media Mohammad Fairus
- Apa Hal PAS Permatang Pauh Mengecoh?
- Apakah Kesan Daripada Keputusan SPRM?
- Media Indonesia Dilarang Tanya Najib Tentang Manohara
- Kenapa RPK terpaksa Menghilangkan Diri..?
- Najib Mansuhkan Kuota Melayu Dalam Sektor Perkhidm...
- Adnan Tetap Kena Bayar RM63 Juta
- Benar Atau Tdak Isu Manohara?
- PRK Kepala Batas & Usukan Serentak..?
- Benarkah Permasaalahan Dalam PR Wujud?
- Antara Keberanian Fairus dan Ketamakan J.O.H.N.
- UMNO/BN TEWAS DALAM KEMENANGAN
- Usul Terhadap Ali Rustam Ditolak!
- Penyokong MB Dakwa Idris Jusoh Terlibat
- Jangan Bincang Isu Fairus Di Media
- Elizabeth Wong Kunjungi TGNA
- Najib Dah Ada Kuasa Penuh!
- Majoriti ADUN BN Terengganu Mahu MB Letak Jawatan
- Luahan Amy Search
- Apakah Punca Sebenar BN Mungkin Tidak Bertanding?
- Sultan Perak Nasihati Pemimpin Politik Cari Titik ...
- Jawatan Presiden PAS Bakal Dipertandingkan?
- Sivakumar Gantung Setiausaha DUN Perak
- Benarkah PRK Merugikan Dana Awam?
- Betulkah Melayu Sudah Percaya Kepada UMNO?
- DSAI Ke DUN Penanti Malam Ini
- Seruan Utusan, Apakah Rasional Disebaliknya?
- Samy Selar Media Arus Perdana?
- PRK Menjelma Lagi
- DSAI Hadapi Tekanan Politik
- DSAI ‘Antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2009′
- Elizabeth Kekal Sebagai Exco Dan ADUN
- Nizar dicalon Naib Presiden PAS
- 10 ADUN Ponteng Sudah Kembali
- Zambry Dicabar Bubar DUN!
- Komponen Dari Sarawak Kecewa Dengan Kabinet Najib?
- Konsep 'Islam Hadhari' Tak Perlu Dikaji
- Perang Di Terengganu Dah Bermula..
- Sempena Muktamar PAS Jun Ini
- Pak Lah Masih Ada Kuasa?
- DSAI Tak Nak Layan Isu Kabinet Bayangan Mahu Gulin...
- Bubar DUN Sekiranya Wujud Krisis
- Umno Sedia Terima Ibrahim Tapi Tidak ‘Pinang’
- 16 April Penentu Kedudukan MIC
- TGNA Terharu Bila Artis Berhijrah
- Najib Pula Bagi Alasan Pasal Khairy
- Lagi Keraguan Berlaku Dalam Tahanan Polis
- Cabaran Pertama Najib
- Foto Azilah Dan Sirul
- Sultan Kelantan Ingatkan Rakyat
- Adakah DUN Perak Akan Dibubar?
- Video Rusuhan Di Stadium Sultan Muhamad IV
- Banyak Kesangsian Dalam Kabinet Najib
- Sekiranya Telus, PR Menang DiBatang Ai
- Alasan Kenapa Khairy Disisihkan
- Azilah Dan Sirul Kemuka Rayuan
- Luahan Hati Azilah Hadri
- Adakah Khairy Akan Disisihkan Terus?
- Analisis Kabinet Baru Malaysia
- VIP ditahan SPRM..?
- Ceramah Merayakan Kemenangan PR
- Khairy Disisihkan Dari Kabinet Najib
- Azilah Dan Sirul Dihukum Gantung Sampai Mati
- V. Arumugam Pulang Ke Tanahair
- Kabinet Najib Diumumkan Esok
- Serah Kepada Guan Eng
- Kenyataan Media DSAI
- Gagal Bukan Bermakna Rakyat Tolak Pepimpinan Najib
- Sidang Media DSAI
- Terbukti PR Pilihan Masakini
- TV3 Suku Kurang Kerja Ini Malam
- Keputusan Terkini 2Bukit 1 Batang
- Foto2 Dari Bukit Gantang
- Suasana Di Bkt Gantang 7.30am
- Amanat DSAI Kepada Pengundi Bkt Gantang
- Che Det Tampil Dengan Keegoannya
- Ahmad Meleleh Suruh Hargai Jasa BN
- DSAI: Jangan Korbankan Nizar Seperti Hang Nadim
- Adakah Khairy Akan Dihumban?
- Pengundi Hantu Rekaan Pembakang?
-
▼
April
(121)
2 comments:
PR tak pernah minta kembalikan perak pada die pun... cume minta bubar je.. kembalikan pada rakyat.. tapi perkembar sengal..
saya perlukan pendapat anda..tq
panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html
lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html
p/s
buat banner besar2....
1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..
2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...
ok tak cadangan aku? huhu
to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA
Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Cut n paste komen saya di blog - http://drhalimahali.wordpress.com/2009/04/01/hujah-peguam-shafee-abdullah-dipatahkan-oleh-ahli-panel-lain/
HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN
April 1, 2009 at 8:22 am (Bar Council of malaysia, CONSTITUTON OF MALAYSIA
Rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM
1. tongkatmusa said,
April 1, 2009 at 1:56 pm
Ahli2 panel UiTM akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.
Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.
Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.
Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.
Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact)
Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?
Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, Fasal 10 Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto)dibawah Fasal 10 undang2 Tubuh Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat. Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.
Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.
Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.
Adakah hanya 3 ADUN - dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan? Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?
Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Post a Comment