
Dalam kenyataan rasminya, Fairus berkata tindakan beliau itu adalah bagi memberi tumpuan penuh kepada rancangan beliau untuk melanjutkan pelajaran pasca siswazah serta keluarga. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.Beliau juga berkata SPR tidak akan melewatkan PRK.
No comments:
Post a Comment