Baru2 ini Najib telah menjanjikan akan membuat perubahan besar ! Hari ini bila beliau dengan secara sah ditabalkan sebagai PM ke-6, telah membuat kejutan dengan mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi 2 surat khabar pembakang iaitu harakah dan suara keADILan serta membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta. Mereka yang akan dibebaskan ialah 2 pemimpin Hindraf, 3 rakyat asing dan 8 anggota Darul Islamiyah.Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri akan memberi butiran lanjut selepas ini. Beliau juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat. Adakah ini hanya semata-mata untuk menghadapi 3 PRK serentak? Walau apapun niat sebenar beliau hanya Allah saja yang tahu. Kita berterima kasih diatas Reform yang telah beliau umumkan ini.
Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, DSAI sebelum ini supaya PM baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas 2 penerbitan berkenaan dan membebaskan tahanan ISA.
Najib juga menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga.
No comments:
Post a Comment