
MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pendirian Jemaah EXCO memberi ruang kepada Elizabeth menentukan statusnya dalam kerajaan negeri adalah adil. Ini kerana ia mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan hakikat bahawa siasatan polis belum mencapai hasil muktamad. EXCO Kerajaan Negeri sebulat suara bersetuju isu berkenaan membabitkan antara lain, persoalan moral dan pencerobohan hak individu.
Tan Sri Khalid juga menegaskan bahawa sebarang keputusan bersabit Wong harus bersandarkan prinsip iaitu, seseorang tidak boleh dihukum selagi kesalahannya tidak dibuktikan.
Sehubungan itu, Elizabeth mengucapkan terima kasih kepada MB Datuk Khalid serta Sultan Selangor di atas tunjuk ajar baginda dan tidak lupa juga kepada para anggota exco, kakitangannya, rakan2 ADUN dan rakan seperjuangan dalam PR dan BN, pemimpin PKR, Wanita PKR, ahli akar umbi dan para peguamnya di atas sokongan dan tunjuk ajar mereka.
Elizabeth menegaskan, politik kotor tidak harus dibairkan menjadi sebahagian daripada budaya politik negara. Beliau berpegang teguh kepada hak seseorang itu terhadap hal2 peribadi mereka. Beliau akan kembali bertugas pagi esok.
Beliau mahu berkhidmat kepada pengundi2nya dan negeri Selangor sebaik yang mungkin dengan bantuan dan kerjasama mereka, untuk menjadikan negeri ini tempat yang terbaik bagi semua.
Kepada yang sibuk2 mendesak agar Elizabeth meletak jawatan diharapkan agar hentikan sahaja hasrat mereka mulai sekarang. Rakyat masih mahukan beliau terus berkhidmat.
No comments:
Post a Comment