Berkemungkinan masa depan politik Khairy Jamaluddin akan menuju kegelapan apabila desas desus dalam Umno mengatakan Lembaga Disiplin telah menerima maklumat dan bukti baru berkaitan pembabitan beliau dalam politik wang semasa kempen pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda.Sekiranya beliau didapati bersalah, maka terpaksalah mengosongkan jawatan dalam partinya dan ini akan membuka laluan kepada 2 calon yang kalah untuk memangku jawatan Ketua Pemuda untuk tempoh 3 tahun.
Che Det pernah berkata Khairy mempunyai pengaruh besar ke atas bapa mertuanya itu semasa di dalam kerajaan dan menyalahkan menantu P/Lah terhadap penurunan populariti kerajaan BN di bawah pimpinan P/Lah. Sekarang P/Lah telah melepaskan jawatannya sebagai PM Khamis lalu dan digantikkan oleh Datuk Najib. Jadi inilah masa Che Det mahu membalas dendam terhadap Khairy......
No comments:
Post a Comment