" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 April 2009

DSAI: Penangguhan Elak Risiko

UPDATE: Ketika DSAI mengakhiri ucapannya pada ceramah malam tadi berkata penangguhan pendedahan tergempar yang dijanjikan oleh beliau terpaksa dilakukan bagi mengelak sebarang risiko yang tidak diingini.

Beliau berkata, "Saya nak tangguh sampai 7 April ini, menang Bukit Selambau..menang Bukit Gantang...menang Batang Ai, kita sambung pengumuman yang penting ini untuk seluruh rakyat Malaysia".

Kita berharap DSAI tidak mengulangi seperti mana yang berlaku kalau tak silap dekat perhimpunan di Stadium Malawati baru2 ini. UMNO/BN akan memainkan isu ini sehebatnya dengan mengatakan 'DSAI hanya membuat iklan untuk meramaikan lagi penonton yang hadir'.

Sebenarnya majoriti rakyat yang menantikan pengumuman tergempar ini dengan penuh debaran timbul sedikit rasa kecewa. Kita berharap DSAI akan mengumumkan seperti yang telah beliau janjikan. Bukan apa, kita takut rakyat juga akan memandang kita seperti mana yang telah dicipta oleh UMNO/BN.

DSAI tidak menghurai atau memberi bayangan mengenai pengumuman yang bakal dibuat oleh beliau pada Selasa ini, selepas berakhirnya tiga pilihanraya kecil serentak di Perak, Kedah dan Sarawak.

Pengarah Strategi Pilihanraya Saifuddin Nasution sebelum ini berkata pengumuman itu memberi kesan terhadap perlantikan Najib Abdul Razak sebagai PM ke-6 Jumaat lalu.

Penganalisis politik berkata tekanan juga wujud di dalam UMNO sendiri dan di kalangan masyarakat untuk Najib menjawab tuduhan dan persepsi umum yang mengaitkan beliau kepada kes pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu, dakwaan rasuah serta rampasan kuasa di Perak.

2 comments:

Anonymous said...

Satu straregi waras dan tactically sound. Jangan beri ruang kepada UMNO melakukan sesuatu - harus di lakukan selepas pilihan raya kerana UMNO akan melakukan satu kegilaan.
Apa apa yang ingin di dedahkan tidak perlu buat sekarang kerana risiko terlalu tinggi.

yeols said...

itu betul, sepatutnya tak perlu bagi tahu ada kegemparan lagikalau suasana tak mengizinkan. Bila betul2 difikirkan selamat, baru buat....Kita harus berhati-hati kerana UMNO/BN sudah berada dipenghujung jalan.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA