Bukan sahaja kemewahan kem tersebut terserlah di tengah-tengah kawasan kampung dan rumah penduduk yang serba daif dan kekurangan malah kem tersebut dilengkapai dengan surau, tempat penginapan dan pejabat bergerak berhawa dingin.
Jika di Kuala Terengganu lebih RM15 juta dihanguskan kemungkinan di Bukit Gantang kos menyelenggara lebih daripada tiga buah kem mewah Polis Di Raja Malaysia mencecah lebih RM20 juta.
Menurut seorang penduduk yang tinggal berhampiran dengan salah sebuah kem tersebut dan tidak mahu dikenali identitinya belioau difahamkan seramai lebih 4,000 anggota polis daripada pelbagai cawangan perkhidmatan dikerahkan ke Bukit Gantang dengan kos makan dan minum sebanyak RM30 sehari diperuntukan bagi setiap anggota polis.
Anggota polis yang bertugas pula terdiri daripada cawangan Khas, anggota biasa, pegawai pengurusan, anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan kakitangan am.
Ini bermakna untuk makan dan minum sahaja sebanyak RM120,000 sehari dibelanjakan dengan jumlah sepanjang tempoh kempen pilihan raya dan termasuk seminggu sebelum penamaan calon berjumlah lebih RM2 juta.
Bagaimana pula kos menyewa tanah, kanopi mewah, penyelenggaraan kenderaan, bahan api, eletrik, air, peralatan pejabat, kemudahan penginapan, elaun bertugas di luar kawasan dan lain-lain kos dan elaun yang berkaitan.
Persoalan yang timbul mengapa Umno dan Barisan Nasional langsung tidak memperdulikan nasib rakyat yang miskin dan terbiar seperti di Pulau Pasir Hitam yang tidak mempunyai bekalan air minum yang bersih dan elektrik sejak 50 tahun dahulu tetapi sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit demi mengukuhkan kuasa dan penindasan berterusan mereka.
(TVAntara)
1 comment:
kalau lah...
perkembar/spr setuju buat 3 pilihan raya untuk tempat katak tu.. da abis cerita..
kalau lah...
perkembar setuju dan tak takut nak bubar dun haritu tak jd sampai macamni..
amaran keras
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/amaran-keras.html
Post a Comment