

Pertemuan beliau dengan PAS dan mungkin bersama DAP di Yayasan Aman di Penanti malam ini berkemungkinan juga bagi menentukan samada calon PR yang akan diletakkan terdiri dari PKR ataupun PAS. Apa pun, sama2lah kita tunggu apakah langkah2 terbaru yang bakal dicaturkan nanti untuk mengekalkan kerusi PR disana.
Beliau juga dijangka merumuskan adunan baru PR untuk berhadapan dengan BN dalam PRK ini pada masa yang akan ditetapkan SPR tidak lama lagi. Sekiranya calon terdiri dari wakil PKR, calon berkenaan seharusnya seorang yang bertanggungjawab, dikenali ramai, sering turun padang, berpontesi dengan adea bernas memajukan negeri dan sanggup bekerjasama dalam satu pasukan.
PAS juga bersedia memikul tanggungjawab sekiranya wakil dipilih dari parti mereka. Mereka akan meletakkan calon yang berwibawa. Ini ekoran sejak kebelakangan ini wakil dari PKR dilihat kurang berkeyakinan dan berhadapan dengan kes2 rasuah. Walau apapun, terserah kepada Ketua Umum PR untuk menentukan siapa dan dari parti mana tang akan dipilih.
Samada kes itu sengaja direka oleh pihak2 tertentu ataupun sebaliknya, DUN Penanti telah dikosongkan dan PR mahupun BN terpaksa berentap disana pula selepas 3 PRK yang dijalankan serentak baru2 ini.
No comments:
Post a Comment