YB Saifuddin telah memberi tahu wartawan pada sidang media pagi tadi bahawa pada malam esok ada kejutan yang bakal di lakukan ketika ceramah DSAI yang akan di adakan di Dewan Hock Seng Sungai Lalang."Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos2 anda," katanya kepada pemberita.
Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai PKR menjelang 3 PRK tersebut. Bila ditanya, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata 'tunggu sehingga esok'.
Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya itu merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima PR sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai PM yang baru.
Beliau berkata lagi, "Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada PR dan memberi impak yang besar kepada PRK ini".
No comments:
Post a Comment