
Yang bertambah anehnya lagi apabila Mukriz Mahathir yang tewas dan tercorot dalam persaingan 3 penjuru dengan Khairy dan Bekas MB Selangor,Khir Toyo,dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Apakah Lembaga Disiplin UMNO akan dan telah mendapat bukti baru mengenai rasuah politik yang membabitkan Khairy dalam proses pemilihan UMNO baru2 ini?
Jika ada, mungkinkah ini bermakna nasib Khairy akan sama dengan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Isa Samad yang digantung jawatan Naib Presiden selepas pemilihan kerana ada bukti ditemui beliau terlibat dengan rasuah politik?
Jika ini berlaku,adakah pergerakan Pemuda UMNO akan diketuai sementara oleh Naib Ketuanya iaitu Razali Ibrahim yang dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan?
No comments:
Post a Comment