" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 April 2009

Benarkah PRK Merugikan Dana Awam?

Berikut adalah antara kenyataan2 daripada pemimpin2 UMNO mengenai PRK yang semakin menjadi2. Terbaru sekali PRK yang bakal berlaku adalah di DUN Penanti. Datuk Azhar Ibrahim(ketua pembakang P Pinang) berkata, itu adalah helah PKR yang 'merugikan dana awam'. Maka, sekutunya iaitu Eng Hiap Boon (MCA) dan Dr Teng Hock Nan (Gerakan) turut bersuara sama dengan mengatakan pengumuman peletakan jawatan Fairus itu adalah 'cara PKR untuk meraih publisiti'.

Lain pula nada dari Selangor. Abdul Shukor Idrus (Ketua pemuda UMNO Selangor) berkata, kerajaan Selangor takut, sebab itu mereka memujuk Elizabeth Wong kembali sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri. Sekiranya peletakan jawatan Wong diterima, maka kerajaan negeri akan menghadapi rakyat yang kini tahu bagaimana menilai prestasinya sejak setahun memerintah negeri berkenaan.

Apabila PKR bertindak dengan berani dan sanggup mengosongkan kerusi DUN Penanti, hanya untuk mengisinya dengan calon yang lebih efektif, tindakan itu dikatakan sebagai membazir dan menyusahkan rakyat.

Benarkah PRK seperti ini merugikan dan menyusahkan rakyat? Jika benar, maka betullah tindakan kerajaan Selangor pimpinan PKR yang tidak mahu PRK berlaku di Bukit Lanjan kerana soal kos pilihanraya. Jika demikian, kurang bijaklah Ketua Pemuda Umno Selangor mengatakan kerajaan negeri takut menghadapi rakyat!

Kenapa Umno tidak mengimbas kembali semasa Shahrir Samad meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru lebih 20 tahun lalu dan bertanding semula dengan tiket bebas? Shahrir bukan sahaja menang malah dapat membuktikan Umno (terutama Umno Baru yang didaftar semula pada 1988) sudah tidak dapat kepercayaan rakyat lagi.

Oleh itu Umno perlu tentukan pendirian mereka mengenai isu ini. Perlu atau tidak PRK di DUN Penanti diadakan? Bila PR tidak mengizinkan PRK berlaku di DUN Bukit Lanjan, ia dikatakan penakut. Namun apabila ia hendak diadakan di DUN Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan peluang menang tipis, ia dikatakan membazir pula.

2 comments:

joyah-laser said...

buat PKR selalu nanti rugi lah BN..dana awam tu sepatutnya utk kroni2 beli rumah besar, kereta besar dn bini besar

Anonymous said...

Betul geng, bila situasi macamni, baru cerita pasal membazir.....tak kena pada masa dan kes...

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA