

Samy Vellu berkata beliau tidak mahu memberi komen lanjut buat masa sekarang berhubung perkara tersebut tetapi mengesahkan bahawa partinya akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat 16 April ini.
Beliau tidak marah walaupun tidak dilantik semula sebagai menteri di dalam kabinet baru ini kerana beliau tidak suka ikut pintu belakang (dilantik sebagai Senator) dan beliau bukannya seorang yang suka mengejar kedudukan.
Beliau menjawat Menteri Kerja Raya, satu kedudukan kanan dan tradisi dalam kabinet sebelum PRU ke-12 pada 8 Mach tahun lalu tetapi tidak dilantik semula setelah gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.
Beliau yang menang tanpa bertanding sebagai presiden MIC bagi kali ke 11 dilaporkan tidak senang hati apabila partinya tidak diberikan jawatan menteri kanan dalam kabinet Najib.
MIC hanya diberi 1 jawatan menteri dan 2 timbalan menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib 9 April lalu. Oleh kerana itu, ada khabar yang mengatakan berkemungkinan MIC akan menarik keluar semua menteri dan timbalan menteri daripada parti itu tetapi masih kekal sebagai anggota BN.
No comments:
Post a Comment