" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 April 2009

PM 'Baru' Bakal Berdepan Usul Undi Tidak Percaya

Najib yang diwarwarkan bakal dinobatkan sebagai PM ke 6 hari Jumaat ini berkemungkinan akan berdepan dengan undi tidak percaya di Dewan Rakyat ekoran dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang telah menjadi bahan berita media asing akhir2 ini.

Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menyuarakan hal tersebut jika usaha untuk menangguhkan pelantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri tidak berjaya. Walau bagaimanapun kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat telah menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon perkenan baginda agar menangguhkan perlantikan Najib.

Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli-ahli pembangkang menyatakan pelantikan tersebut yang telah dijadual 10 pagi esok, haruslah ditunda sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada segala tuduhan salah laku.

Mereka juga berkata Najib wajarlah disiasat berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang juga menjadi bahan berita media asing akhir-akhir ini.

Isu komisyen pembelian kapal selam pertama negara Scorpene yang dikaitkan dengan Najib, waktu itu menteri pertahanan, dan wanita Mongolia berkenaan. Bakal PM sering menafikan pembabitannya, malah menyatakan beliau tidak pernah mengenai wanita itu.

Najib dilihat tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri ekoran terlalu banyak perkara yang menimbulkan kesangsian rakyat seperti isu Altantuya, isu krisis politik Perak dimana beliau menjadi dalang terhadap rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat dan isu kelulusan lesen judi yang dilakukannya sewaktu mengambil-alih jawatan menteri kewangan.

"Usul undi tidak percaya akan dikemukakan sepanjang tempoh dewan bersidang sehinggalah speaker akur terhadap tuntutan tersebut, jika tidak dengan speaker sendiri akan menerima usul tidak percaya dari ahli-ahli dewan rakyat," kata seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Kita tidak akan membiarkan negara menjadi bahan cemuhan pemimpin luarnegara kerana berperdana menterikan seseorang yang begitu bermasalah seperti Najib," tambahnya.



No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA