
Najib berkata lagi adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang dan beliau memilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat.
Wa..hh.., senangnya hati bila mendengar PM bercakap. Kalau paling utama adalah rakyat, bubarkan DUN Perak agar rakyat menentukan siapa yang layak memerintah negeri mereka.
Tolong selesaikan siasatan2 yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan terutamanya mereka yang berada dalam UMNO. Laporan kepada SPRM telah bertimbun dibuat.
Selesaikan penyiasatan yang tertangguh entah apa sebabnya, mungkin untuk melindungi anggota mereka (polis) dalam isu kematian Kugan tempoh hari. Sekarang sudah timbul lagi cerita baru seorang 'rakyat' telah koma semasa dalam tahanan polis.
Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu. Yang ini kira beruntung sikit sebab mangsa tidak MATI....
Pasal Khairy tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib pula, tak payahlah nak berselindung lagi. Ramai yang sudah ketahui iaitu Che Det betul2 berdendam dengan Khairy. Pengaruh Che Det juga menentukan siapa yang patut dan tidak patut duduk dalam kabinet ini.
Tindakan ini adalah satu tamparan hebat buat Khairy dan secara terang menunjukkan bahawa beliau tidak akan ada ruang dalam era kepimpinan Najib. Adakah tindakan Najib itu wajar? Adakah tindakan Najib itu satu tindakan berani kerana Khairy tidak mempunyai rekod penerimaan rakyat yang cemerlang. Apa nasib Khairy dalam era kepimpinan Najib?
Jelas Khairy tidak digambarkan mempunyai masa depan politik yang terang setakat ini dan kemungkinan adaptasi yang perlu Khairy buat adalah untuk membersihkan kembali persepsi ke atas dirinya agar tidak dilihat gelojoh mahu menonjolkan diri dalam UMNO.
Walau apapun, kita tunggu dan lihat, ini bukanlah bermakna genjatan senjata telah dicapai. Bahkan, peperangan akan tercetus dengan lebih besar lagi dimasa akan datang....
No comments:
Post a Comment