Ceramah sempena kemenangan PR akan diadakan malam ini di Taman Malewar. Penceramah terdiri daripada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.Program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Putrajaya itu bermula jam 9.30 malam. Ceramah ini sempena merayakan kemenangan PR menewaskan calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Penceramah dipercayai akan mengulas isu2 panas berkaitan pilihan raya kecik di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, juga mentafsirkan pembentukan kabinet baru Najib yang baru diumumkan. Antara yang turut berucap termasuklah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohd.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment