
Sekiranya Khairy dilantik dalam kabinet maka masa untuk memperkasakan pergerakan tersebut terhad. Kenapa bukan tuan empunya diri yang mengeluarkan kenyataan?
Yang menghairankan, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairy dalam merebut jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Manakala, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan menteri kemajuan luar bandar.
Ini menampakkan lagi ada sesuatu yang tidak kena. Tidak salah jika ramai yang mengatakan Khairy bakal disisihkan terus.... Ini kerana Che Det memang dah lama berdendam dengannya. Jadi, sekarang sudah sampai masa yang ditunggu-tunggu.....
No comments:
Post a Comment