Syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob membayar dahulu saman sebanyak RM63 juta sebelum mengemukakan permohonan rayuan.Pengarahnya, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Adnan sepatutnya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang memberi tempoh 14 hari mulai Isnin lalu untuk membuat bayaran tanpa penangguhan.
Dalam kenyataan Adnan semalam (kelmarin), beliau menegaskan bahawa defendan dalam kes ini masih ada ruang untuk membuat rayuan atau mengenepikan keputusan mandamus yang dikeluarkan oleh Hakim Datuk Abd. Halim Aman Isnin lalu."Sepatutnya defendan membuat bayaran dahulu dan disusuli permohonan rayuan atau tindakan lain," katanya kepada pemberita pada sidang media di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan permohonan Kerajaan Pahang untuk mengetepikan keputusan saman sebanyak RM63 juta oleh syarikat tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat ini.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Adnan melunaskan bayaran RM63 juta kepada Gemilang dalam tempoh 14 hari berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.
(Kosmo)
No comments:
Post a Comment