Kenyataan Media AIC
16 April 2009
Tanggal 8 Mac 2008 menyaksikan rakyat Malaysia telah meletakkan satu batu asas penting di dalam sejarah sosio-politik negara: yakni penolakan ke atas politik perkauman sempit. Ini bersesuaian sekali dengan iltizam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lewat Pemasyhuran Kemerdekaan yang dilafazkan beliau tatkala laungan merdeka bergema di udara pada pagi 31 Ogos 1957:
Tanah Melayu (kini Malaysia) akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa..
Semangat dan roh perpaduan ini jelas sekali melangkaui sempadan ras dan agama. Integrasisosial adalah sesuatu yang luhur dan perlu dibentuk melalui perpaduan dan persefahaman yang utuh di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Seruan Utusan Malaysia melalui siaran 15 April 2009 antara lain menyeru agar bangsa Melayu bersatu untuk "berhadapan dengan bangsa lain". Apakah rasional Utusan tergamak untuk mengeluarkan berita sedemikian rupa yang sangat tebal sentimen perkaumannya?
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bersetuju bahawa Melayu perlu bersatu, tetapi bersatu di dalam konteks bersama-sama bangsa lain untuk memajukan dan mengekalkan keamanan negara. AIC yakin dan percaya bahawa segenap lapisan generasi muda rakyat Malaysia menolak sama sekali unsur penyatuan hanya untuk menindas dan bersaing secara tidak adil dengan bangsa lain.
Utusan Malaysia, sebagai lidah rasmi pemerintah khususnya Umno sewajarnya bertanggungjawab untuk mengajak rakyat agar keluar daripada kepompong perkauman, sejajar dengan konsep "Satu Malaysia" yang digagaskan oleh Perdana Menteri yang baru. Tetapi adalah sangat mendukacitakan, dalam keadaan Malaysia hampir menjangkau 52 tahun kemerdekaan, Utusan Malaysia masih lagi memainkan polemik perkauman sempit sebagai modal politik murahan.
Utusan Malaysia harus mengambil iktibar sejarah Si Kitul, pencacai yang bertanggungjawab di atas kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511. Politik adu domba dan menyemai kebencian adalah faktor utama jatuhnya empayar terhebat Melayu satu ketika dahulu. Apakah Utusan Malaysia mahu menobatkan diri mereka selaku Si Kitul Moden?
Justeru, AIC menolak sebarang usaha menyemai benih kebencian antara kaum yang ligat dimainkan oleh mana-mana pihak sekalipun. Sudah sampai masanya muafakat antara Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain bangsa dipupuk secara sihat dan segar tanpa ada elemen penindasan ke atas mana-mana bangsa mahupun agama sekali pun.
Adalah lebih wajar bagi Utusan Malaysia, selaras dengan tagline mereka iaitu “Penyebar Fikiran Rakyat” menyebarluas agenda integrasi nasional yang memupuk semangat cintakan negara melangkaui sempadan perkauman, bukannya berkelakuan sebagai "Penyebar Perpecahan Rakyat".
Muhammad Shukri Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
17 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
April
(121)
- Kadar Shah Teruskan Usaha
- Pindaan Perlembagaan Parti Perkenal Pemilihan Terus
- DSAI: 1Malaysia Sekadar Kosmetik
- Pembikinan Dinasti Perdana Menteri
- Gempa Bumi Lemah Landa Manjung, Perak
- Apa Tujuan Pemuda PAS Pulau Pinang?
- PRK Penanti:Umno Putuskan Isnin Depan
- Isu Manohara: Majlis JP Buat Laporan Polis
- UMNO/BN Paling Takut DUN Perak Dibubar
- Dr. Mansor Osman Calon PR DUN Penanti
- Mana Baik, Menculik Atau Letak Jawatan Cara Terhor...
- PRK Penanti, PAS Hormati PKR
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- 31 Mei Mengundi Di Penanti
- Adakah Rakyat Tertarik Dengan Reform Najib?
- Berhenti Dari Memburukkan Tengku Temenggong
- Krisis Perak Misi Terancang Umno/BN
- Jangan Urus PKR Seperti 'Kedai Runcit'
- Zaid Sahut Cabaran Rais !
- Rais Jamu Bloggers Di Restoran Mewah
- Kenyataan Media Mohammad Fairus
- Apa Hal PAS Permatang Pauh Mengecoh?
- Apakah Kesan Daripada Keputusan SPRM?
- Media Indonesia Dilarang Tanya Najib Tentang Manohara
- Kenapa RPK terpaksa Menghilangkan Diri..?
- Najib Mansuhkan Kuota Melayu Dalam Sektor Perkhidm...
- Adnan Tetap Kena Bayar RM63 Juta
- Benar Atau Tdak Isu Manohara?
- PRK Kepala Batas & Usukan Serentak..?
- Benarkah Permasaalahan Dalam PR Wujud?
- Antara Keberanian Fairus dan Ketamakan J.O.H.N.
- UMNO/BN TEWAS DALAM KEMENANGAN
- Usul Terhadap Ali Rustam Ditolak!
- Penyokong MB Dakwa Idris Jusoh Terlibat
- Jangan Bincang Isu Fairus Di Media
- Elizabeth Wong Kunjungi TGNA
- Najib Dah Ada Kuasa Penuh!
- Majoriti ADUN BN Terengganu Mahu MB Letak Jawatan
- Luahan Amy Search
- Apakah Punca Sebenar BN Mungkin Tidak Bertanding?
- Sultan Perak Nasihati Pemimpin Politik Cari Titik ...
- Jawatan Presiden PAS Bakal Dipertandingkan?
- Sivakumar Gantung Setiausaha DUN Perak
- Benarkah PRK Merugikan Dana Awam?
- Betulkah Melayu Sudah Percaya Kepada UMNO?
- DSAI Ke DUN Penanti Malam Ini
- Seruan Utusan, Apakah Rasional Disebaliknya?
- Samy Selar Media Arus Perdana?
- PRK Menjelma Lagi
- DSAI Hadapi Tekanan Politik
- DSAI ‘Antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2009′
- Elizabeth Kekal Sebagai Exco Dan ADUN
- Nizar dicalon Naib Presiden PAS
- 10 ADUN Ponteng Sudah Kembali
- Zambry Dicabar Bubar DUN!
- Komponen Dari Sarawak Kecewa Dengan Kabinet Najib?
- Konsep 'Islam Hadhari' Tak Perlu Dikaji
- Perang Di Terengganu Dah Bermula..
- Sempena Muktamar PAS Jun Ini
- Pak Lah Masih Ada Kuasa?
- DSAI Tak Nak Layan Isu Kabinet Bayangan Mahu Gulin...
- Bubar DUN Sekiranya Wujud Krisis
- Umno Sedia Terima Ibrahim Tapi Tidak ‘Pinang’
- 16 April Penentu Kedudukan MIC
- TGNA Terharu Bila Artis Berhijrah
- Najib Pula Bagi Alasan Pasal Khairy
- Lagi Keraguan Berlaku Dalam Tahanan Polis
- Cabaran Pertama Najib
- Foto Azilah Dan Sirul
- Sultan Kelantan Ingatkan Rakyat
- Adakah DUN Perak Akan Dibubar?
- Video Rusuhan Di Stadium Sultan Muhamad IV
- Banyak Kesangsian Dalam Kabinet Najib
- Sekiranya Telus, PR Menang DiBatang Ai
- Alasan Kenapa Khairy Disisihkan
- Azilah Dan Sirul Kemuka Rayuan
- Luahan Hati Azilah Hadri
- Adakah Khairy Akan Disisihkan Terus?
- Analisis Kabinet Baru Malaysia
- VIP ditahan SPRM..?
- Ceramah Merayakan Kemenangan PR
- Khairy Disisihkan Dari Kabinet Najib
- Azilah Dan Sirul Dihukum Gantung Sampai Mati
- V. Arumugam Pulang Ke Tanahair
- Kabinet Najib Diumumkan Esok
- Serah Kepada Guan Eng
- Kenyataan Media DSAI
- Gagal Bukan Bermakna Rakyat Tolak Pepimpinan Najib
- Sidang Media DSAI
- Terbukti PR Pilihan Masakini
- TV3 Suku Kurang Kerja Ini Malam
- Keputusan Terkini 2Bukit 1 Batang
- Foto2 Dari Bukit Gantang
- Suasana Di Bkt Gantang 7.30am
- Amanat DSAI Kepada Pengundi Bkt Gantang
- Che Det Tampil Dengan Keegoannya
- Ahmad Meleleh Suruh Hargai Jasa BN
- DSAI: Jangan Korbankan Nizar Seperti Hang Nadim
- Adakah Khairy Akan Dihumban?
- Pengundi Hantu Rekaan Pembakang?
-
▼
April
(121)
No comments:
Post a Comment