Baru2 ini PAS Permatang Pauh telah membuat kejutan dengan membuat kenyataan bahawa PAS akan meletakkan calon mereka pada PRK Dun Penanti sekiranya diadakan ekoran peletakkan jawatan ADUN disitu dengan pelbagai alasan.Terbaru, Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS pusat) telah membuat kenyataan bahawa PAS akan memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi DUN Penanti. PAS menghormati hak PKR untuk meletakkan calon mereka bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan walaupun disitu merupakan kubu kuat PAS.
PAS akan tetap memberi sokongan kepada PKR sebagai satu pasukan. Macam juga kawan, kita akan beri sokongan jika kawan kita bertanding. PKR dalam Pakatan, sudah pasti kita sokong dan kita yakin PKR mampu memenangi kerusi ini. Jika dilihat kepada 'track record' pilihan raya sebelum ini, kita menang dengan majoriti yang besar. Saya lihat kita tidak ada masalah yang besar kali ini.
No comments:
Post a Comment