" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 April 2009

Cabaran Pertama Najib

Suasana yang berlaku di Patayya Thailand hari ini betul2 mencabar PM Baru kita, Dato' Najib. Tempat penginapan Najib telah cuba diserbu masuk oleh perusuh anti-kerajaan Thailand kira2 pukul 1pm tadi waktu Thailand. Bagaimanapun, para perusuh itu telah meninggalkan tempat itu setengah jam kemudian setelah mengadakan rundingan dengan pasukan keselamatan.

Sebelum itu, beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke pekarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan. Akibat daripada itu, sidang terpaksa dibatalkan dan PM Thailand pula telah mengisytiharkan perintah darurat ke atas Pattaya dan Chonburi.

Di negara kita, walauapapun kemarahan rakyat, jauh sekali akan berlaku sedemikian. Cuba bayangkan sekiranya suasana begini berlaku dinegara kita. Sudah pasti FRU akan menggunakan kekerasan.

Lihatlah semasa perhimpunan anti PPMSI baru2 ini. Itu rakyat hanya mahu menyerahkan memorendum kepada Yang Di Pertuan Agong sahaja. Pasukan FRU telah melepaskan gas pemedih mata dan akibat daripada kekalutan mereka suasana sudah dilihat rakyat pula yang menjadi perusuh.

Dalam demonstrasi yang sebelumnya, rakyat dipukul tanpa belas kasihan. Walaupun ada antara mangsa yang dipukul telah tampil membuat laporan, siasatan hanyalah tinggal siasatan. Sipemukul tidak juga dihukum. Berbagai alasan mereka kemukakan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA