
Baginda bertitah, ia berpunca daripada wujudnya perselisihan pendapat antara golongan tertentu tanpa ada penghujungnya sehingga membawa kepada perpecahan menyebabkan umat Islam hilang kewibawaan.
Pelbagai golongan mempunyai fahaman, pendapat dan tafsiran yang tersendiri dalam satu-satu isu sehingga ada yang mendakwa bahawa golongan mereka sahaja yang betul manakala yang lain semuanya salah.
Perbezaan pendapat dan fikiran sebenarnya adalah rahmat untuk kebaikan umat Islam jika mereka sanggup merujuk kepada panduan yang ditunjukkan al-Quran dan al-Sunnah.
Justeru baginda menyeru semua rakyat jelata agar kembali berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah supaya segala permasalahan umat Islam masa kini dapat diselesaikan sekiranya mereka bersatu dan kembali kepada ajaran agama Islam sejati.
No comments:
Post a Comment