" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 March 2009

PR Tidak Memusuhi Sultan

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Jangan sekali-kali tuduh kami mengkhianati Paduka Seri Tuanku Sultan Perak. Kami tidak pernah memusuhi tuanku, oleh itu tiada sebab kami menaruh kebencian terhadap baginda. Musuh kami bukan Paduka Seri Tuanku. Musuh kami bukan Istana, tetapi TPM DS Najib Tun Razak.

Najiblah yang merobek, merompak 3 orang Adun PR dan menimbulkan kemelut krisis antara Sultan dan rakyat Perak. Najib bersama-sama Umno/BN yang telah mengkhianati Sultan dengan menggunakan 'kuasa Istana' untuk merampas Kerajaan PR Perak yang sah dari tangan rakyat.

Semasa memerintah hampir sebelas bulan lepas, hubungan saya dengan Paduka Seri Tuanku Sultan Azlan Shah cukup intim. Setiap minggu saya datang mengunjungi baginda. Begitu juga kemesraan saya dengan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Ianya cukup baik.

Umno/BN sebenarnya berada dalam kebimbangan kerana melihat kepimpinan PR sebegitu diterima rakyat berteraskan konsep adil, telus, amanah dan kebajikan.


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA