
Walaupun plak itu dipecahkan dan sebahagian besarnya dicemar tar, namun 6 serpihan kecil plak itu berjaya diselamatkan oleh PR untuk disimpan sebagai bahan bersejarah di Pejabat PR. Plak demokrasi ini didirikan di lokasi berlakunya peristiwa Mesyuarat DUN yang diadakan dibawah pohon Beringin, kira2 200 meter daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Mesyuarat itu diadakan setelah BN dan Setiausaha Negeri mengeluarkan arahan menghalang Speaker V. Sivakumar dari memanggil Adun bersidang.
Pohon Beringin ini kini menjadi lokasi tumpuan warga Perak dan seluruh negara. Pengunjung melawat dan mengambil gambar di bawah pokok itu untuk bersama-sama meraikan peristiwa tersebut.
Tidak kurang juga yang masyarakat bukan Islam yang berkunjung memanjatkan nazar dan niat di pokok itu kerana simbollik kekuatan rakyat yang sinonim dengan peristiwa bersejarah itu.
Lima dari enam serpihan plak demokrasi itu dilelongkan kepada orang-ramai dan hasil kutipan akan digunakan untuk membina semula plak demokrasi yang lebih ampuh. Ia simbolik perjuangan demokrasi yang tidak kenal penat-lelah walau diasak dan ditekan.
Jualan lelong ini di adakan dibawah pohon Beringin itu dan dirasmikan oleh MB Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin. Ia disaksikan oleh beberapa ADUN dan seramai 300 orang mengunjungi tapak lelong itu untuk memberi sokongan .
Apabila jurulelong membuka harga bagi plak pertama dengan harga mula sebanyak RM500, ianya mencecah RM6800 dan berjaya dilelongkan kepada seorang usahawan, Khor Lian Sing, 45 daripada Ipoh.
Setelah beliau membeli plak tersebut, beliau terus meninggalkan tempat tersebut tanpa memberi sebarang komen.
Plak kedua pula juga sama dibuka harga RM500 dan Richard Jairaj, 67, seorang pengumpul barang antic dan bersejarah berjaya meletakkan harga yang paling tinggi, RM6800 dan membelinya.
Sementara itu, Lee Chee Seng 55, seorang usahawan petroleum berjaya meletakkan harga tertinggi bagi serpihan plak yang ketiga sebanyak RM6800. Serpihan plak keempat pula berjaya dimilliki oleh seorang bekas guru CB Ang, 62 dengan meletakkan harga tertinggi iaitu sebanyak RM7000.
Serpihan terakhir menjadi rebutan ramai,kerana itu satu satunya serpihan yang tinggal. Harga pembukaan adalah seperti biasa , RM500 dan bahan bersejarah itu berjaya dilelong pada harga yang tertinggi sekali iaitu sebanyak RM17100. Serpihan terakhir itu dibeli oleh seorang usahawan kelahiran Perak yang kini berada di Johor.
Sementara itu, Nga Kor Ming, exco PR mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.
“Ini juga adalah tanda perjuangan rakyat demi membela sistem demokrasi berparlimen di tanahair kita, maka semua yang mengambil bahagian adalah anak Malaysia yang sejati kerana kita cintakan tanahair kita,” kata Nga.
Beliau juga berkata, plak baru itu akan di dirikan secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment