
Rumusan secara tuntas menjurus kapada keperluan melakukan anjakan dari pendekatan lama. Ini termasuk penyediaan dana tambahan serta kesediaan merombak kaedah pengurusan ekonomi dan pengagihan kekayaan.
Turut diberikan penekanan adalah keperitan hidup rakyat akibat pengangguran. Mauduk berikutnya berkisar isu hak asasi dan kebebasan, hubungan Amerika Syarikat dan dunia Islam. Tidak ketinggalan adalah tajuk wajib buat Al Gore iaitu alam sekitar dan lingkungannya.
Saya juga sempat mengadakan perbincangan singkat dengan peniaga dan pengurus dana yang berminat melabur di Malaysia. Awal pagi tadi pula, saya ditemui tiga wartawan kanan Economist dan kemudian ka pusat berita BBC. Acara diselangi pertemuan berasingan dengan pemimpin gerakan Islam, wakil IIIT (Institut Pemikiran Islam Antarabangsa) dan teman dari Turki.
Kini saya dalam perjalanan pulang satelah mengadakan pertemuan singkat di Milan, Itali inshaallah.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment