" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 March 2009

UMNO Semakin Bergelora

Setelah Lembaga Disiplin membuat kenyataan penggantungan dan amaran terhadap beberapa ahli UMNO yang terbabit dalam politik wang, ternyata apa yang cuba diolah untuk kelihatan seperti 'pembersihan UMNO' semakin tersasar.

Kehadiran SPRM dan tindakan Lembaga Disiplin semakin menyulitkan keadaan UMNO. Ahli juga semakin tidak keruan dengan UMNO hari ini. Apa sebenarnya sedang berlaku dalam UMNO yang kelihatan semakin bergelora ini? Adakah UMNO dalam proses pembaharuan atau semakin menambah kerosakkan?

Suasana dalaman UMNO semakin bergelora. Sudahlah UMNO dipersoalkan oleh ahli UMNO sendiri, kini rakyat juga menjadi hairan diatas tindak-tanduk pemimpin2 mereka. Kedudukan semakin bercelaru. Mereka yang di tuduh, di gantung, diberi amaran dan di hadapkan ke mahkamah atas politik wang, semuanya tidak puas hati.

Lembaga Disiplin dan SPRM. Kedua-dua landasan yang berhasrat untuk memulihkan UMNO akan bertembung dan yang akan hancur adalah UMNO itu sendiri. 2 sebab yang lahir akibat dari senario ini:

1) Pertembungan Kem Najib VS Kem P/Lah
- adakah tindakan disiplin dan tindakan menangkap mereka yang dikatakan melakukan rasuah politik sebenarnya adalah pertembungan antara 2 kem ini? 'Operasi pemutihan' individu yang disyaki Kem P/Lah bertujuan untuk mengukuhkan kuasa bakal PM.

2) 'reformasi dalam UMNO' acuan Najb
- kalau begini caranya, amat malang sekali kerana implikasi yang wujud lebih kepada menghancurkan UMNO. Lembaga Disiplin tidak konsisten dalam memberi justifikasi. Majoriti meragui akan ketelusan lembaga ini.

Akibat dari senario ini, imej UMNO makin tercalar dan popularitinya semakin bertambah menurun, bukan saja kepada rakyat, malah kepada ahli UMNO sendiri. Mereka semakin nampak apa yang ada dalam UMNO sekarang ini bukanlah satu gambaran yang baik untuk Melayu dan rakyat negara ini.

Apa yang cuba diolah oleh Najib ternyata gagal dilihat sebagai satu kejayaan. Gelora ini semakin bertambah, UMNO kelihatan semakin tersisih dan semakin jauh ke belakang. Semakin diusahakan pembaharuan, semakin buruk jadinya. Adakah ini juga adalah petanda2 awal kiamat buat UMNO?

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA