" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 March 2009

Hanya 19 Peratus Melayu Mahukan UMNO

Tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.

Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.

Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk 'Umno corrupt, says survey'. Kajian Merdeka Center ini dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya UMNO akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada parti untuk membangunkan negara ini.

61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah UMNO yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua UMNO yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.

Najib dilihat tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan 'pemimpin yang lemah' dan 'pentadbir ekonomi yang lemah' dalam UMNO.

Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.

Dr Mahathir (Che Det) berkata, "Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah. Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli2 Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa2 pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?

Sudah kedengaran tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti. Dikhabarkan ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas? Tetapi ingat !!!!, rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang akan berlangsung pada hujung bulan ini."

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA