Semalam (Isnin) PKR telah memulakan siasatan berhubung dakwaan Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat kononnya terdapat anggota parti itu menerima rasuah dari pengusaha kuari. Beliau telah menyerahkan bukti dan laporan kepada panel siasatan PKR Pulau Pinang.Panel siasatan yang telah diketuai Speaker DUN Abdul Halim Hussain. Anggota lain ialah Timbalan Speaker Tan Hock Leong (Adun Machang Bubuk), S.Raveentharan (Adun Batu Uban) dan Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerjak).
Selama 3 jam panel mengambil keterangan daripada Amizudin di ibu pejabat PKR Seberang Jaya Pulau Pinang. Selepas sesi siasatan itu, Abdul Halim berkata beberapa orang lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan sebelum rumusan siasatan itu diserahkan kepada Badan Perhubungan PKR negeri dalam tempoh 2 minggu lagi.
Amizudin berharap tidak ada pihak yang akan menggangu panel siasatan dan tidak ada spekulasi dan andaian sebelum panel membuat keputusan. Beliau berharap panel tersebut dapat membuat penyiasatan dengan seadil-adilnya.
No comments:
Post a Comment