Seperti yang telah diduga, nasib Norza sama dengan Ali Rustam. Beliau telah dilarang mempertahankan jawatannya sebagai anggota MT Umno selepas didakwa mengamalkan rasuah oleh mahkamah baru2 ini. Hari ini, keputusan jawatankuasa pengurusan dibuat susulan pertikaian beberapa pihak dalam parti itu termasuklah rakyat apabila lembaga disiplin hanya melarang Ali Rustam bertanding.Adakah ini kebetulan? 2 individu ini adalah 'orang kuat P/Lah & Khairy'. Adakah empayar P/Lah akan berjaya dimusnahkan oleh Najib & TDM? Buat masa sekarang nampaknya mereka telah berjaya.
Norza berkata keputusan jawatankuasa itu 'tidak akan mematahkan semangatnya' untuk terus bersama parti itu.
Bagi beliau, keputusan ... itu adalah satu cabaran untuk memantapkan serta mengukuhkan komitmennys dalam perjuangan Umno kerana beliau meletakkan kepentingan Umno melampaui kepentingan diri beliau sendiri. 'Agenda perubahan' Datuk Najib ini perlu disokong bagi memastikan Umno terus diterima sebagai sebuah wadah penting membela nasib rakyat negara ini.
No comments:
Post a Comment