
TGNA berkata, "saya yakin berdasar kepada fenomena tersebut pengundi di di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah, Batang Air, Sarawak dapat menilai parti mana yang lebih bersih.
Umno sebuah perjuangan sekular yang kini sarat dengan rasuah politik seperti disahkan Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini. Saya tidak nampak rakyat mahu memilih calon BN pada pilihan raya kecil tersebut berikutan akhir2 ini terbongkar tindakan ekstrem seperti yang berlaku di Perak.
Tindakan ganas BN dengan merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat sebelum ini bukan cara demokrasi. Jadi apa lagi yang perlu harap dari BN, nak harap jaga Islam lagi tak boleh, sebab jaga demokrasi pun gagal. Selagi Umno berkuasa, selagi itu huru hara akan berlaku dan rakyat tidak berada dalam keadaan tenang kerana ada sahaja kekacauan yang dicetus.
Umno akan dibenci rakyat Perak kerana masalah yang dilakukan mereka sendiri. Umno sekarang tak ubah seperti ubat yang pahit sehingga terpaksa disalut dengan gula iaitu wang dan jawatan untuk menarik perhatian orang ramai menyokongnya. Itulah perjuangan yang berteras sekular yang lari dari fitrah manusia. Apabila gula yang membungkus Umno sudah terhakis maka pahitnya akan muncul.”
No comments:
Post a Comment