
DSAI berkata, "Kalau tanya soal ketelusan, tindakan penyelidikan itu harus dibuat secara 'teliti jauh' sebelum daripada proses pemilihan kerana sekarang ini bila dibuat begitu, persepsi dan tafsirannya bukan dengan motif membersihkan kekotoran politik wang dalam UMNO, motif itu mungkin dipertikai.
Persepsi negatif orang ramai termasuklah ahli UMNO bahawa keputusan lembaga itu seperti 'hukuman terpilih' tidak dapat dielak kerana masa keputusan itu dibuat beberapa hari sebelum pemilihan UMNO diadakan.
Saya ada bercakap dengan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen mereka (UMNO) yang menyokong apa saja cara untuk membasmi politik wang dalam parti itu, tetapi berasa sangsi dengan tindakan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO itu.
Jadi, larangan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu perlu dipertimbangkan berdasarkan segala bukti dan adakah kesalahan itu bercanggah dengan undang2 atau tidak kerana kesalahan Naib Presiden UMNO itu tidak didedahkan kepada umum secara terperinci.
SPRM sepatutnya bertindak sekiranya wujud bukti kukuh berlaku amalan rasuah(politik wang bagi UMNO). Tetapi ini tertakluk kepada fakta Lembaga Disiplin UMNO, oleh kerana saya tidak ada maklumat tentang fakta, saya tidak mahu hukum."
No comments:
Post a Comment