
Inilah dia insan yang bernama Yahaya Ismail (Pak Ya). Semalam Khairy telah membuat aduan polis terhadap Pak Ya yang didakwanya telah mengugut dan memfitnah beliau. Bagaimanapun Pak Ya mengatakan beliau belum menerima sebarang panggilan telefon daripada pihak polis. Jika dipanggil untuk memberikan keterangan, beliau akan hadir bersama peguam.
Ini antara respon Pak Ya:
"Ugut tahi minyak apa? Ugut itu macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada ugutan. Pertemuan ini bisnes. Kalau Khairy nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau.
Saya kata awak beri RM100,000 kepada saya, awak ambil hak cipta buku tersebut. Khairy kata, 'saya beritahu esok'. Sewaktu orang dia bawa balik saya, mereka bertanya, 'tidak boleh berunding sedikit?' Saya kata, 'itu pun harga sudah kurang.' Keesokan harinya orang dia datang beri balik naskhah dan berkata, 'Khairy tidak ada duit. Khairy tidak jadi beli'. Saya tidak paksa beliau beli."
No comments:
Post a Comment