Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Bukit Selambau. Pemilihan Ganesan, yang juga bekas Adun Lunas telah diumumkan oleh Najib sekejap tadi.Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari PKR awal bulan lepas. Hari penamaan calon bagi PRK itu ditetapkan pada 29 Mac dan pengundian pada 7 April. Ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai di Sarawak.
No comments:
Post a Comment