Nampaknya isu Altantuya kembali mengantui bakal PM kita dikala beliau sedang bertungkus lumus mengharungi 'pusingan akhir' menanti ketibaan 1 April dengan pelbagai halangan dan isu yang sedang menimpa UMNO/BN.
Baru2 ini, Isu pendedahan wartawan Perancis Arnaud Dubus dalam akhbar Liberation sekali lagi telah membuka kotak misteri kes Altantuya dengan dikaitkan kembali VIP2 tertentu Negara dan telah menjadi perbualan hangat seterusnya.
Umum pasti tertanya kredibiliti serta kesahihan berita ini kerana mengenai kredibiliti dan kesahihan berita ini. Jawapannya, tanya sahaja rakan rakan yg pernah ke Eropah mengenai kredibiliti surat khabar Liberation yang semestinya lebih mulia dari Utusan Malaysia atau Harian Metro yg main pakai tembak dan putar belit propaganda tak tentu pasal.
Pendedahan wartawan Liberation tersebut boleh dianggap sebagai satu tamparan hebat terhadap kredibiliti bakal Perdana Menteri kita, apa tah pulak berita ini luas tersebar di Eropah dan seluruh dunia amnya. Harus juga diambil kira bahawa pendedahan sebegini rupa terhadap seorang bakal PM pasti berdasarkan fakta dan bukti yang kuat kerana perkara tersebut bakal membawa komplikasi perundangan dan saman menyaman. Persoalannya sekarang, apakah kesan pendedahan terbaru ini akan menidakkan apa yang bakal berlaku pada 1 April ini?
Baru2 ini pula, Dato Seri Dr Rais Yatim dalam taklimatnya telah mengupas perkembangan isu2 semasa seperti krisis demokrasi di Perak sampai terpaksa bergelut dengan diri sendiri. Biarpun Rais Yatim dikenali sebagai ahli politik yg mempunyai reputasi jijik memutar belit dan menukar pendirian dan hujah akademik beliau mengikut saiz dompet dan kerusi jawatan tetapi dalam taklimat beliau kali ini, beliau telah memperjelaskan satu perkara yang mungkin boleh dikatakan menarik untuk peristiwa 1 April nanti.
Datuk Rais dalam taklimat tersebut telah berhujah bahawa Istana mempunyai bidang kuasa khas atau istimewa dalam perlantikan seseorang Menteri Besar atau pemimpin tanpa perlu apa2 rujukan dan garis panduan. Beliau juga telah menjelaskan bahawa kuasa sultan boleh menjangkaui segala bidang kuasa lain dan Baginda Sultan boleh menolak atau menerima seorang pemimpin ikut budi bicara Tuanku.
Dalam perkara ini Datuk Rais telah menyebut kejadian di Perlis, Perak dan Terengganu sebagai bukti kebangkitan bidang kuasa khas atau istimewa yang beliau nyatakan sebagai bukti penggunaan kuasa istimewa ini oleh pihak Istana di negeri2 tersebut. Persoalan nya sekarang, mungkinkah YDP Agung Tuanku Mirzan akan sekali lagi menolak seorang pemimpin yang dikemukan kepada beliau oleh pihak eksekutif dan dalam hal perlantikan PM Malaysia kali ini mengikut budi bicara beliau?
Mungkin pengikut Najib akan berhujah mengenai faktor demokrasi dan mandat rakyat dan dalam hal ini hujah bahawa beliau dipilih dan dinobatkan sebagai pemimpin oleh UMNO/BN? Akan tetapi jika dilihat insiden terbaru di Perak, jelas sekali faktor mandat serta keperluan demokrasi serta keluhuran prosedur perlantikan yang diperakui rakyat jelata pun dah tak laku, ini kan pulak mandat serta persetujuan satu parti politik semata mata.
Jika kita meneliti pulak kejadian kejadian di Perlis dan Terengganu, umum pasti tertanya apakah punca sebenar disebalik penolakan Shahidan Kassim dan Idris Jusoh yang telah dipilih oleh PM sendiri? Adakah wujud faktor serta standard penilaian baru dan khas dalam penobatan seorang pemimpin mengikut budi bicara pihak Istana? Adakah faktor serta penilaian tersebut mengambil kira ‘track record’, kredibiliti serta keperibadian seseorang pemimpin tersebut untuk menduduki kerusi kepimpinan tertinggi Negeri?
Persoalan ini mungkin dapat dijawab oleh rakyat sendiri dan bagi saya faktor penilaian kredibiliti jelas wujud dan telah diguna pakai oleh pihak istana termasuk Sultan Terengganu yang juga Yang Di Pertuan Agong yg bakal berdepan dengan penobatan PM Malaysia kelak.
Jadi, adakah April ini kita akan melihat Pak Lah meneruskan mandat sebagai PM ataupun adakah beliau akan digantikan oleh Najib ataupun kedua dua mereka akan digantikan dengan nama baru yang mungkin dipilih oleh Yang Dipertuan Agong?
Mungkin kah YDP Agong akan mengambil kira pandangan umum yg masih melihat Najib sebagai tercemar dengan darah seorang raykat Mongolia? Adakah YDP Agong akan mengambil kira kontroversi pendedahan akhbar Liberation serta rangkaian tuduhan2 lain seperti tuduhan SMS kontroversi peguam Shafiee, perakuan sumpah penyiasat bebas Bala dan affidavit Raja Petra yg masih belum terjawab sampai ke hari ini?
Adakah YDP Agong akan mengambil kira notis peguambela kes Altantuya untuk pendengaran semula kes pembunuhan Altantuya yang jika dilihat dari kaca mata perkembangan terkini mungkin mengheret Bakal PM Malaysia ini ke mahkamah dan adakah juga YDP Agong meneliti memorandum YB Karpal Singh terhadap Ketua Hakim Negara yang turut dicemari dengan tuduhan rasuah serta keangotaan beliau di dalam UMNO sebelumnya?
YDP Agong juga bakal berdepan dengan persoalan masalah politik wang yg mencemari proses demokrasi pemilihan parti UMNO sebagai penentu utama perlantikan calon PM kelak?
Jika di lihat kesemua persoalan2 ini serta persoalan2 lain dan mungkin yang akan datang, jelas YDP Agong bakal berdepan dengan satu persoalan baru. Adakah kebangkitan Institusi Raja ini bakal berakhir dengan hanya sekadar ‘rubber stamp’ ataupun kebangkitan ini bakal membentuk satu institusi ‘check and balance’ dan sebagai institusi amanat dan kepercayaan rakyat.
Mungkinkah YDP Agong akan membuat sejarah dengan menolak perlantikan Najib dan seperti yang ramai percaya dapat mengembalikan semula keagungan sistem Institusi Raja yang baru2 ini mengalami cabaran2 tertentu.
Biar apa pun, kita tidak boleh leka dengan fakta utama dimana Pak Lah masih lagi Ahli Parlimen yang mendapat mandat Dewan Rakyat sebagai PM dan beliau akan terus berada di Parlimen selepas pemilihan UMNO kelak.
Yang jelas disini adalah proses pemilihan dan penentu mandat di Dewan Rakyat. Mungkin Pak Lah akan bertindak untuk membenarkan kuasa Dewan Rakyat bagi memilih penganti beliau dan dalam hal ini mungkin perebutan mandat Dewan Rakyat bakal melihat persaingan diantara Najib dan individu2 lain. Dalam hal pemilihan juga, adakah kita mungkin berdepan dengan satu fenomena baru dimana mandat Dewan Rakyat dalam perlantikan PM melibatkan undi dari pihak pembangkang atas sebab ketiadaan mandat 2/3 BN.
Biar apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada April ini. Adakah ianya akan menjanjikan kemenangan kepada Najib ataupun hanya sekadar April Fool semata mata? Tidak dapat dipertikaikan bahawa jawatan PM dari segi konvensyen politik, menekankan keperibadian bersih, kredibiliti serta kepercayaan umum dan rakyat jelata secara amnya.
Jika tanpa diduga kita melihat Ahmad Said dan Isa Mohd Sabu yang tidak begitu terkenal dapat menjadi MB Terengganu dan Perlis. Jadi, adakah mungkin kita bakal melihat Tengku Razaleigh Hamzah akan dipilh sebagai PM Malaysia kelak?
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
14 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
March
(210)
- Kenyataan Najib Mengenai Ekonomi Diragui?
- Adakah Impian Najib Jadi Kenyataan?
- Polis Keluar Fatwa
- Suara Keamanan ganti Suara Keadilan
- Kes Pengundi Hantu Di Bukit Selambau
- Isu Keluar Parti
- TDM Serba Salah
- Ezam And The Gang Kembali Lagi
- Bukit Selambau Memecah Rekod
- 3 PRK Jadi Referendum Tolak Najib
- Isu Perkauman Dijaja Di Bukit Gantang
- Lawak Pertama Bakal TPM
- Zambry Buat Buat Hal
- Bukit Gantang Terbukti Hebat!
- Mahathir Sudah Rasa Selamat Untuk Balik Rumah?
- Suasana Di Bukit Gantang Masih Cool
- Ibrahim Ali Di 'Pukul Teruk' Semalam
- Pemuda Umno Menyerang DSAI?
- 'Menjaga Tepi Kain UMNO'
- PKR Dan PAS Hantar Memo Suhakam Hari Ini!
- Khir Toyo di 'bogelkan' lagi
- Datuk Kadar dan Datuk Mazlan Mengotakan Janji
- Calon BN Kata PAS Mahu Balas Dendam
- Buku 'Saya Pun Melayu' Oleh Zaid Ibrahim
- BN Minta Pengundi Serah IC Dan No Akaun Bank?
- DSAI-Semangat Rakyat Takkan Dapat Digugat!
- Risalah Buat Renungan Perwakilan
- UMNO/BN Sudah Melampau !
- DSAI Di Kepung Polis!
- Ceramah DSAI diganggu FRU
- Calon PR Bukit Gantang Ialah Dato' Seri Nizar
- ROS Dipohon Tunda Perhimpunan Agung UMNO?
- KDN Telah Merialisasikan 'Perubahan Besar'?
- Tahniah! TGNA Akan Menjadi Blogger
- Sah! Norza Senasib Ali Rustam
- Ini Dia Pak Ya
- Najib Akan Buat Perubahan Besar?
- Jawah Gerang Calon PR Di Batang Ai
- Kuasa Bloggers Demi Kebaikan Untuk Semua
- TDM Sudah Mula Masuk Posisinya
- Isu Perletakan Jawatan YB Fairus
- Demokrasi Dalam MIC Pun Telah Mati Sama
- RM43,000 Dikumpul Bina Plak Demokrasi
- Khairy Buat Laporan Polis
- TDM:P/Lah Lemahkan UMNO
- PKR:Hasil Siasatan Minggu Depan
- PR Diramal Ambil-Alih Kuasa Pada 2009?
- Catatan Dari Dua Bukit-DSAI
- Jika BN Adil, Bicarakan Ali Rustam Di Mahkamah
- AMK Lancar 'Say No To Najib'
- Sah ! YB Fairus Letak Jawatan
- Pandangan Muhyiddin Mengenai UMNO
- Poster Menyambut Najib Di PWTC
- Kemenangan 3 PRK boleh sekat Najib jadi PM
- AMK Desak Najib Jawab Semua Persoalan Sebelum Jadi PM
- Norza Mangsa Ke-2 Reform Najib?
- Menteri Keris Nafi Ada Team A Dan B
- Kedudukan Elizabeth Wong Rabu Ini
- Mahathir Syok Sendiri Atau Dah Nyanyuk?
- Mahkamah Persekutuan Tentukan Siapa MB Perak
- Hanya Ali Rustamkah Yang Paling Hebat?
- Hj Hadi Sedia Jawab Isu 'Kerajaan Perpaduan'
- DAP Mahu SUK Perak Disiasat
- Mahathir Akan Humban Ali Rustam Keluar
- Manikumar Calon PKR Bagi DUN Bukit Selambau
- Pak Lah serah kuasa 2 April
- TGNA Yakin Rakyat Akan Terus Menolak BN
- Sejarah Peralihan Kuasa PM
- Pengumuman Calon PR Di 2 Bukit
- Usul Undi Percaya Terhadap P/Lah Bakal Berlaku?
- UMNO Semakin Bergelora
- Adnan Tidak Akan Letak Jawatan!
- Guan Eng Nafi Timbalan KM Dipecat
- Najib Kata Ali Rustam Bukan 'Kambing Korban'
- DSAI: Lembaga Disiplin UMNO Tidak Telus
- Kehancuran UMNO Menjelma Tiba
- DSAI Selar Cubaan BN Peralat Agensi Persekutuan
- Rakuskan Kuasa Sampai Guna Ilmu Hitam?
- Agong Dirayu Tidak Perkenankan Najib Sebagai PM
- Dato' Nizar:BN seperti kerajaan Attarturk
- MB Pahang Didesak Letak Jawatan
- TGNA: Keputusan Muktamar Perkukuh PR Perlu Dipertahan
- Pejabat Presiden UMNO Diceroboh Bomoh?
- Ali Rustam Kemuka Rayuan
- Kerajaan Perpaduan Melecehkan Kemenangan Islam
- DSAI:Mustahil Umno-Bn Membawa Perubahan!
- Bezanya Doto' Norza Dengan Dato' Ali
- Peperangan Dalaman UMNO Sudah Bermula
- Apa Hal Pula Dengan Ibrahim Ali ?
- Jawatankuasa Khas Tidak Konsisten
- Video Punca YB Gobind Di Hukum
- DSAI Di BCC World News
- Ali Rustam Bukti Reform Najib !
- Dato' Rozali mengkritik TGNA ?
- Karpal Dihadap Ke Mahkamah
- Gobind Dihukum Tanpa Pembelaan
- PKR Mula Siasatan Aduan Amizudin
- Gantung Keahlian,Kearah Reformasi Atau?
- KWSP Isytihar Dividen 4.50 Peratus
- Esok Karpal Akan Didakwa Di Mahkamah
-
▼
March
(210)
No comments:
Post a Comment